Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Protokol kesihatan dikemas kini, ringkas

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Bagi memudahkan orang ramai mengikuti Protokol Kesihatan Kes-kes COVID, Kementerian Kesihatan akan membuat pengemaskinian dan meringkaskan protokol kesihatan yang sedia ada bermula esok.

    Antara pengemaskinian yang akan dilakukan ialah seperti hanya satu ART positif sahaja dikehendaki sebagai pengesahan COVID dan apabila mereka memuat naikkan keputusan ART positif ke aplikasi BruHealth, ia dikira sebagai hari pertama.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Kementerian Kesihatan, petang tadi.

    Beliau seterusnya menerangkan bagi kes positif yang sedang menjalani pengasingan diri adalah dikehendaki untuk menjalani ujian ART pada hari keenam. Jika keputusan ART adalah negatif, mereka akan disahkan sembuh dan dibenarkan menamatkan pengasingan diri apabila kod BruHealth bertukar kepada hijau.

    Walau bagaimanapun, jika keputusan ART masih positif pada hari keenam, mereka boleh mengulangi ujian ART pada keesokan harinya dan hari-hari seterusnya sehinggalah keputusan ART menjadi negatif. 

    Dalam pada itu, jika keputusan ART masih positif pada hari ke-10, mereka akan disahkan sembuh dan dibenarkan menamatkan pengasingan diri pada hari ke-11 secara automatik. 

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut menasihatkan orang ramai untuk menggunakan kit ART yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan menggunakannya dengan betul.

    Yang Berhormat Dato juga mengongsikan mengenai pengintegrasian rekod vaksinasi COVID-19 luar negara di mana rekod vaksinasi COVID-19 yang diperolehi di luar negara kini boleh diintegrasi dan dikemas kini ke dalam aplikasi BruHealth. 

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri sidang media tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...