Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Protokol naik taraf FTA China-NZ mula berkuat kuasa

    BEIJING, 7 APRIL – Protokol Naik Taraf Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) China-New Zealand (NZ) berkuat kuasa secara rasmi, hari ini.

    Difahamkan, FTA yang sudah dinaik taraf itu akan memperkukuh perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, selain melonjakkan hubungan ekonomi serta dagangan China-New Zealand ke satu tahap lebih tinggi.

    Untuk rekod, FTA China-New Zealand telah ditandatangani pada April 2008 dan berkuat kuasa secara rasmi pada Oktober tahun yang sama.

    Ia adalah FTA komprehensif dua hala pertama dimeterai China yang meliputi dagangan barangan dan perkhidmatan, pelaburan serta sektor-sektor yang lain, selain merupakan FTA pertama antara China dengan negara maju.

    Pada 2021, China dan NZ menandatangani protokol itu berdasarkan perjanjian asal yang menyaksikan kan-dungan klausa diperluas, dan taraf pembukaan dipertingkat.

    Pada tahun yang sama, jumlah perdagangan China-NZ merekodkan AS$24.72 bilion, sekali gus menjadi rekod tertinggi dalam sejarah.

    Angka itu menyaksikan peningkatan 36.4 peratus berbanding 2020, iaitu 5.6 kali ganda daripada jumlah perdagangan dua hala pada permulaan pemeteraian FTA China-NZ pada 2008.

    Dalam perjanjian asal, China telah mengenakan tarif sifar ke atas 97 peratus produk dari New Zealand, manakala dalam protokol yang dinaik taraf kali ini, China komited untuk menghapuskan tarif secara berperingkat ke atas sesetengah produk kayu dan kertas, sementara New Zealand pula telah mewujudkan tarif sifar ke atas semua produk import dari China. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...