Proton lancar Saga edisi ulang tahun

KUALA LUMPUR, 9 JULAI – Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan Saga Edisi Ulang Tahun secara maya melalui media sosial buat pertama kalinya bersempena ulang tahun Proton Saga ke-35.

Edisi itu adalah bagi meraikan Proton Saga pertama yang dihasilkan pada 1985 sekali gus mencatatkan sebanyak 4,150,035 unit yang telah dikeluarkan bagi model itu. Pengeluar kereta itu berkata Edisi Ulang Tahun berkenaan hanya terhad kepada 1,100 unit dengan warna hitam dan kuning yang eksklusif pada luaran dan dalaman kereta.

Model Edisi Ulang Tahun ini turut disertai pakej aksesori termasuk ‘skirting’ depan dan sisi, visor pintu, ‘hood insulator,’ ‘trunk lid cover’ dan ‘boot tray’.

Sejak 35 tahun lepas, Proton telah menjadi pemangkin pengindustrian kepada ekonomi negara, memacu perkembangan keseluruhan ekosistem pembuatan automotif dan menjadikan Malaysia antara negara di dunia yang mengeluarkan kereta sendiri. – Bernama