Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Proton x50 dilancarkan

    KUALA LUMPUR, 27 OKT – Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini secara rasminya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya, Proton X50 menerusi saluran media sosial dan ditawarkan pada harga bermula RM79,200 hingga RM103,300 seunit.

    SUV dalam empat varian itu berharga RM79,200 itu bagi 1.5T Standard; RM84,800 untuk 1.5T Executive; RM93,200 bagi 1.5T Premium manakala RM103,300 bagi varian 1.5TGDi Flagship. Proton X50 adalah kenderaan kedua yang diusahakan bersama Proton dan rakannya, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

    Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata tempahan bagi Proton X50 dibuka secara rasmi pada 16 September lepas. “Setakat ini lebih 20,000 tempahan diterima daripada kalangan rakyat yang teruja menjadi antara pembeli pertama kenderaan itu. “Tahap minat orang ramai terha-dap Proton X50 ini juga amat menakjubkan dan sesuatu yang belum pernah berlaku, terutamanya dalam tahun yang banyak dipengaruhi oleh faktor luaran.

    “Kami menerima pertanyaan sejak tahun lepas lagi dan sokongan dalam bentuk liputan pelbagai media menyaksikan jangkaan tinggi dalam kalangan pembeli kereta Malaysia,” katanya dalam kenyataan media selepas pelancaran Proton X50 secara maya menerusi platform media sosial Facebook Proton di sini, hari ini. – Bernama

    Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berucap ketika Majlis Pratonton Media Proton X50 di Proton Tanjung Malim baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda