PRU NZ 19 September

WELLINGTON, 28 JAN – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan pilihan raya umum (PRU) negara itu akan diadakan pada September ini.

PRU itu akan menguji sama ada populariti Ardern yang meluas di luar negara, bertepatan dengan sokongan yang diterimanya di negara sendiri.

Pemimpin itu hari ini mengumumkan rakyat negara Kiwi itu akan mengundi pada 19 September, dua bulan lebih awal daripada tarikh akhir kemungkinan untuk mengundi, pada ketika beliau mencari penggal kedua untuk tempoh tiga tahun jawatan itu.

“Saya meminta rakyat New Zealand supaya terus menyokong kepemimpinan saya dan arah tuju kerajaan semasa, yang berpaksikan kestabilan, ekonomi yang kukuh dan kemajuan bagi cabaran jangka masa panjang yang dihadapi New Zealand,” katanya.

Pemimpin berusia 39 tahun itu memperoleh kemasyhuran antarabangsa, menjadi ibu ketika memegang jawatan dan menerima pujian berhubung cara pengendaliannya yang sensitif bagi kes pembunuhan di masjid Christchurch dan tragedi gunung berapi di White Island. – AFP

Jacinda Ardern ketika bercakap kepada wartawan semasa sesi parlimen di Wellington, kelmarin. – AP