Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    PRU15: Pengundi muda Sabah cenderung pilih calon mesra rakyat

    KOTA KINABALU, 17 NOV – Pengundi muda di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih cenderung memilih calon mesra rakyat selain mampu membawa penyelesaian kepada masalah pendapatan rendah, pemilikan rumah dan kos sara hidup.

    Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan berkata calon yang bertanding perlu bijak mendekati 932,541 pengundi muda berusia 18 hingga 39 tahun kerana mereka mewakili 55.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di negeri ini iaitu seramai 1,689,387 orang.

    “Pengundi muda lebih cenderung memilih wakil rakyat yang berperwatakan sederhana dan senang didekati serta mudah dihubungi pada bila-bila masa,” katanya kepada Bernama.

    Abqaree Fawwaz dalam pada itu berkata maklum balas yang diterima daripada pelbagai kelab dan persatuan belia di Sabah memberi gambaran penyertaan pengundi muda pada PRU15 berkemungkinan rendah disebabkan tahap kefahaman politik yang minimum selain kekangan kewangan untuk pulang ke kawasan masing-masing.

    Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas itu, dijangka peratus keluar melibatkan pengundi muda di Sabah sukar mencapai 50 peratus pada hari pengundian Sabtu ini.

    Pemerhati politik tempatan, Mohd Zaki Harry Susanto berkata kebanyakan pengundi muda masih menganggap mengundi tidak penting kerana tidak menerima pendedahan awal tentang kepentingan mengundi sebagai proses pembentukan kerajaan. – Bernama

    Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan contoh peti undi sebelum diedarkan ke pusat-pusat mengundi sekitar bandaraya Kuching sempena PRU15 di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...