Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    PRU15: Tun Mahathir bertanding bagi pertahan kerusi Langkawi

    PUTRAJAYA, 11 OKT – Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan, beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi.

    Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat GTA di sini hari ini, bekas perdana menteri itu berkata beliau akan bertanding sebagai ‘calon wakil rakyat’ dan bukan sebagai ‘calon perdana menteri’.

    “Kita juga membuat keputusan iaitu di Langkawi calonnya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukan sebagai calon perdana menteri tetapi sebagai wakil rakyat.

    “Kita tidak tentukan siapa yang akan jadi perdana menteri, kerana calon untuk perdana menteri itu hanya relevan jika menang (PRU15) sahaja, kalau kita kalah tidak relevan,” katanya.

    Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-14 bagi memberi laluan kepada PRU15. Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata mesyuarat itu turut memutuskan, GTA akan bertanding atas tiket Pejuang kerana pendaftaran gerakan itu belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...