LOS ANGELES, 20 Julai – Paris Saint-Germain menewaskan Roma 5-3 menerusi sepakan penalti selepas seri 1-1 dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Detroit, Michigan kelmarin.
Pertahanan Brazil Marquinhos meletakkan gergasi Ligue 1 didepan pada minit ke-36 tetapi Roma membalas jaringan dengan mempamerkan permainan menarik pada separuh masa kedua yang menyaksikan Sadiq Umar menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60.
Di bawah peraturan aksi persahabatan Piala Juara-Juara Antarabangsa, perlawanan tersebut perlu ditamatkan dengan sepakan penentuan penalti. Hanya Gerson dari Roma gagal menyudahkan sepakan dan Marquinhos memastikan kapnya malam itu dengan sepakan penalti penting.
Pemain antarabangsa Brazil Dani Alvez membuat kemunculan bersama PSG, memulakan permainan di bahagian pertahanan kanan seminggu selepas melengkapkan perpindahan bersama kelab Perancis itu dengan persetujuan yang dilaporkan bernilai 14 juta euro.
Alves beraksi selama 69 minit dan bernasib baik tidak didenda dengan sepakan penalti pada minit ke-57 apabila membentes Diego Perotti dengan keras dalam kawasan penalti.

Jurulatih PSG dari Sepanyol, Unai Emery berpuas hati dengan permainan yang dipamerkan Alves, yang memenangi tiga Liga Juara-Juara dan enam gelaran La Liga di Barcelona dan ramai yang menjangka akan bersama bekas pengurus Pep Guardiola di Manchester City.
Perlawanan itu menarik lebih 36,000 penonton ke Comaerica Park, tempat bagi pasukan Major League Baseball, Detroit Tigers.
Paris menguasai pendahuluan minit kesembilan sebelum separuh masa pertama. Gabungan menarik Thiago Motta dan Jese menyaksikan bola jatuh tepat kepada Marquinhos, yang meledak dengan kaki kanan dari tengah.
Kelab dari Perancis itu terus memberikan tekanan, dengan Lucas Moura melepaskan rembatan tepat kepada penjaga gol Roma, Alisson tetapi pendahuluan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama.
Dengan enam pertukaran bagi Roma dan dua bagi PSG, kedua-dua kelab bergelut untuk mencari rentak bagi memulakan separuh masa kedua. – AFP