PSG belasah Angers

PARIS, 6 OKT– Mauro Icardi menjaringkan gol pertamanya dalam Ligue 1 ketika Paris Saint-Germain mengekalkan kelebihan dua mata di persada liga dengan kemenangan 4-0 ke atas Angers.

PSG menuju rehat antarabangsa dengan positif, sementara Nantes memintas Angers ke kedudukan kedua susulan kemenangan 1-0 di Nice.

“Ia adalah penamat terbaik buat kami setakat ini, dan tanpa bolos, itu juga bagus,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel, yang menyaksikan tiga penandatanganan baharu kelab menemui sasaran, termasuk Pablo Sarabia dan Idrissa Gueye.

“Dengan ketibaan mereka, kami mempunyai personaliti dan pengalaman.”

Jaringan lewat Neymar telah melengkapkan permainan individu hebatnya ketika dia terus mencuba untuk memperbaiki hubungannya dengan penyokong kelab setelah gagal dalam usahanya kembali ke Barcelona. – AFP

Icardi bersaing merebut bola dengan pemain Angers dalam saingan Ligue 1 di Stadium Parc des Princes. – AP