Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSG benam Bayern Munich

    PARIS, 28 Sept – Edinson Cavani dan Neymar masing-masing menjaringkan gol ketika Paris Saint-Germain (PSG) meraih kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Bayern Munich dalam pertembungan menarik Liga Juara-Juara di ibu negara Perancis awla pagi tadi.

    PSG membuat permulaan impian apabila penandatangan musim panas Dani Alves memberikan mereka pendahuluan di dalam 90 saat di Parc des Princes dan mereka tidak menoleh belakang.

    Penyudah Cavani hanya selepas setengah jam perlawanan menjadikan kedudukan 2-0 sebelum Neymar melengkapkan jaringan di separuh masa kedua, menyaksikan Bayern mengalami kekalahan terbesar sejak tewas kepada Barcelona dengan jaringan yang sama dalam peringkat separuh akhir kejohanan itu pada bulan Mei 2015.

    Keputusan itu menempatkan kelab Perancis itu berada di puncak Kumpulan B dengan maksimum enam mata dari dua perlawanan, lapan gol sudah dijaringkan dan belum melepaskan sebarang gol. Mereka kini dalam laluan memenangi kumpulan, Bayern kini berkongsi mata tiga mata dengan Celtic, yang menang di Anderlecht.

    Bagi PSG, ini adalah peluang untuk mengukur diri mereka menentang salah sebuah kuasa tradisi benua dalam perlawanan terbesar Eropah mereka sejak dimalukan oleh Barcelona musim lepas.

    Neymar (10) berlari meraikan gol ketiga PSG dalam aksi Kumpulan B Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich. PSG menang selesa 3-0 di ibu negara Perancis. – AP
    Remaja sensasi PSG, Kylian Mbappe (kiri) berebut untuk menguasai bola dengan David Alaba dari Bayern Munich. – AP

    Dengan kemenangan itu ia adalah kejayaan besar buat pasukan Unai Emery, meskipun kelab Jerman itu tidak menepati standard mereka.

    “Perkara utama adalah tiga mata, tetapi ia juga penting bagi saya bahawa penyokong menikmati perlawanan dan menyaksikan kami menang ke atas salah sebuah pasukan teratas,” kata Emery.

    Perlawanan itu juga menyaksikan Cavani dan Neymar bergandingan buat pertama kali sejak perbalahan mereka mengenai penalti dalam perlawanan liga menentang Lyon 10 hari lalu.

    Kali ini tidak ada perbalahan, dan kedua pemain boleh meraikan sumbangan mereka dalam keputusan akhir itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda