Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    PSG benam Brest, kekal berada di puncak liga

    PARIS, 16 JAN – Kylian Mbappe berjaya menjaringkan gol pembukaan
    ketika Paris Saint-Germain menewaskan Brest 2-0 di Parc des Princes kelmarin untuk menjarakkan pendahuluan mereka ke tempat teratas Ligue 1 kepada 11 mata.

    Pemain Mauricio Pchettino, yang terlepas kejuaraan musim lalu kepada Lille, mencatatkan keputusan seri dalam empat daripada lima perlawanan liga sebelum pasukan tempat kedua, Nice ditewaskan oleh Nantes 2-1 kelmarin.

    PSG juga masih bermain tanpa Lionel Messi, yang masih dalam proses pemulihan selepas ujian positif COVID-19 sementara Neymar mengalami kecederaan.

    Tetapi pasukan gergasi itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk menewaskan Brest apabila Mbappe menjaringkan 10 gol dalam enam penampilan terakhirnya.

    “Yang penting adalah mempunyai peluang, dan situasi yang baik,” kata jurulatih PSG, Pochettino.

    “Kami mungkin lebih suka menang dengan perbezaan yang besar. Para pemain mungkin dapat menjaringkan gol lain kali.” – AFP

    Reaksi Kylian Mbappe meraikannya selepas menjaringkan gol semasa perlawanan Ligue 1 Perancis antara PSG dan Brest di stadium Parc des Princes di Paris, 15 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...