Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    PSG gagal mara ke suku akhir

    MUNICH, 9 MAC – Lionel Messi dan Kylian Mbappe perlu menunggu setahun lagi untuk mendapat peluang memenangi Liga Juara-Juara bersama Paris Saint-Germain.

    Bayern Munich mengekang bintang Piala Dunia itu dan menewaskan PSG 2-0 semalam untuk mara ke suku akhir dengan agregat 3-0.

    Selepas bekas penyerang PSG, Kingsley Coman menjaringkan gol pada kelompok 16 pusingan pertama, Eric Maxim Choupo-Moting, bekas pemain PSG, menggandakan gol kelebihan sebelum Serge Gnabry menamatkan jaringan di Stadium Allianz itu.

    PSG menguasai separuh masa pertama permainan dan hanya digagalkan oleh pemain Bayern, Matthijs de Ligt menerusi penyelamatan garisan gol, tetapi Bayern fokus semula pada separuh masa kedua untuk melakar kemenangan.

    Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann sebelum ini bercakap mengenai rancangannya untuk meng-halang Messi dan Mbappe dan ia nampaknya berhasil apabila pertahanan Bayern secara beransur-ansur mengasak mereka daripada mengawal perlawanan.

    “Dalam perlawanan pertama, kami tidak melakukan apa yang kami perkatakan sebelum ini dengan baik,” kata Nagelsmann kepada penyiar DAZN.

    “Terdapat terlalu banyak ruang. Kami bertahan dengan lebih baik pada separuh masa kedua dan lebih banyak menguasai perlawanan. Akhirnya, kami menang,” jelasnya.

    Apa yang boleh dimenangi oleh PSG musim ini ialah kejuaraan liga Perancis selepas tersingkir daripada Piala Perancis oleh Marseille bulan lalu.

    Sejurus selepas gol dibatalkan disebabkan ofsaid, dan juga secara tidak sengaja menghalang rembatan rakan sepasukan, Choupo-Moting menjaringkan gol pada minit ke-61 untuk membawa Bayern ke suku akhir dan menghantar PSG yang tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara, keluar daripada pertandingan kelompok 16 terakhir dua tahun berturut-turut. – AP

    Lionel Messi semasa perlawanan antara Bayern Munich dan PSG di Allianz Arena di Munich, Jerman, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...