Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    PSG gagal tundukkan Reims

    PARIS, 30 JAN – Folarin Balogun berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-96 ketika Reims mengekang 10 pemain pendahulu Ligue 1, Paris Saint-Germain untuk seri 1-1 kelmarin.

    Nampaknya jaringan Neymar pada awal babak separuh masa kedua sudah memadai untuk PSG mengambil tiga mata walaupun pemain gantian, Marco Verratti dibuang padang sejurus selepas gol itu.

    Tetapi pasukan Reims masih berbisa apabila berjaya mendapat keputusan seri ketika Balogun berjaya melepaskan tendangan tepat pada gawang pihak lawan.

    Keputusan itu menyaksikan kelab dibimbing oleh pemain Inggeris kelahiran Belgium berusia 30 tahun, Will Still melanjutkan rekod tanpa kalah mereka kepada 14 perlawanan antara liga dan piala.

    PSG kini telah kehilangan mata dalam tiga daripada empat perlawanan liga mereka pada tahun ini, dan sementara mereka kekal tiga mata di hadapan Lens di puncak carta, prestasi mereka membimbangkan dengan perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich kini tinggal lebih kurang dua minggu lagi. – AFP

    Penyerang Brazil Paris Saint-Germain, Neymar (R) berebut bola dengan penyerang Inggeris Reims, Folarin Balogun semasa perlawanan bola sepak L1 Perancis di stadium Parc des Princes. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...