Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    PSG hampiri gelaran ke-11 liga perancis

    PARIS, 14 MEI – Paris Saint-Germain kian hampir merekodkan kemenangan ke-11 dalam Liga Perancis selepas kemenangan 5-0 di hadapan penyokong sendiri ke atas Ajaccio semalam, sementara Lionel Messi menerima sambutan yang berbeza sekembalinya daripada penggantungan.

    Fabian Ruiz membuka jaringan pada minit ke-22 di Parc des Princes dan Achraf Hakimi menambah jaringan kedua sebelum Kylian Mbappe meledak dua gol sejurus selepas separuh masa perlawanan.

    Mohamed Youssouf menamatkan malam yang menyedihkan buat pasukan Corsica dengan gol sendiri untuk PSG, manakala Hakimi dan pemain tengah Ajaccio, Thomas Mangani dibuang padang pada akhir perlawanan.

    PSG memerlukan empat mata daripada tiga perlawanan terakhir menentang Auxerre, Strasbourg, dan Clermont bagi mengesahkan kejuaraan Ligue 1 setelah kembali berada enam mata di depan pasukan kedua, Lens.

    “Pemain-pemain bertekad untuk menunjukkan persembahan yang sepatutnya.

    Mereka mahu menjadi juara dan mereka sedar bahawa Lens tidak menyerah dan kecuaian boleh meningkatkan tekanan,” kata jurulatih PSG, Christophe Galtier.

    Nama Messi mendapat sorakan dan kecaman ketika dibacakan sebelum perlawanan setelah dia dilarang bermain pada perlawanan hujung minggu lepas kerana membuat perjalanan tanpa kebenaran ke Arab Saudi.

    Pemain Argentina itu sekali lagi mendapat cemuhan dalam penampilan terakhirnya di Paris perpindahan ke Arab Saudi untuk pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu dilaporkan di media.

    Tiga kekalahan dalam empat perlawanan terakhir mereka di laman sendiri untuk PSG membolehkan Lens kekal dalam perlumbaan kejuaraan yang tidak dijangka, tetapi Ajaccio menawarkan sedikit tentangan apabila penyingkiran mereka ke Ligue 2 disahkan. – AFP

    Reaksi Lionel Messi selepas melakukan sepakan percuma semasa perlawanan bola sepak antara PSG dan AC Ajaccio di stadium Parc des Princes di Paris, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -