Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    PSG hilang taring tanpa Mbappe

    PARIS, 6 MAC – Paris Saint-Germain (PSG) tewas 1-0 di Nice di Ligue 1 kelmarin menjelang kunjungan minggu depan ke Real Madrid dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara mereka pada 16 Mac lalu.

    Pemain gantian, Andy Delort meledak gol dua minit sebelum tamat ketika Nice menang buat kali kedua dalam 18 pertemuan liga dengan PSG, yang bergelut untuk mencipta peluang tanpa penjaring terbanyak, Kylian Mbappe.

    Nice meningkatkan peluang mereka untuk layak secara langsung untuk penampilan pertama di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, naik ke tempat kedua dan mara dua mata di atas Marseille.

    PSG kekal 13 mata di tangga teratas tetapi kekalahan itu menjadi amaran bahawa pasukan Mauricio Pochettino perlu memberikan lebih tumpuan untuk memastikan impian Eropah mereka tetap bernyawa pada Rabu.

    “Kami sedikit tidak bernasib baik. Pada akhirnya mungkin kami tidak layak untuk menang, tetapi kami tidak layak untuk kalah,” kata Pochettino kepada penyiar Canal Plus.

    “Kami tidak menemui penyelesaian dalam 20 meter terakhir tetapi kami perlu memikirkan perlawanan seterusnya menentang Madrid. Ia sangat penting bagi kami tetapi kami sangat kecewa dengan kekalahan itu.”

    Mbappe yang menjaringkan 24 gol musim ini lebih daripada gabungan Lionel Messi, Neymar, Angel Di Maria dan Mauro Icardi dan ketiadaannya di Allianz Riviera menunjukkan betapa pentingnya dia kepada juara Perancis. – AFP

    Aksi Neymar membawa bola dalam perlawanan antara PSG dan Nice kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...