PSG kejar Lille di Ligue 1 selepas tersingkir dari UCL

PARIS, 7 MEI – Paris Saint-Germain tersingkir dari Liga Juara-Juara dan dalam bahaya sekali lagi terlepas kejuaraan liga Perancis ketika mereka menuju ke hujung minggu mengejar pendahulu, Lille.

Dengan berbaki tiga perlawanan, PSG berada satu mata di belakang Lille, kemungkinan Mauricio Pochettino gagal memberikan sebarang trofi dalam separuh musim pertama mengambil alih tugas.

Ia tidak menggambarkan kualiti sebenar Pochettino, terutama ketika pengurus yang digantikannya, Thomas Tuchel, memacu Chelsea ke pusingan akhir Liga Juara-Juara dan Piala FA dalam tempoh singkat lebih tiga bulan kelab London tersebut.

Pochettino mengukuhkan reputasi sebagai salah seorang jurulatih paling berbakat dalam bola sepak meskipun tidak memenangi sebarang trofi di Espanyol, Southampton atau Tottenham Hotspur.

Apabila dia mengulang Trofi Eropah, yang menyamai Piala Super di Perancis,
dalam perlawanan ketiga bersama PSG pada Januari, dia memuji Tuchel atas kejayaan tersebut.

Namun jika PSG gagal memenangi Ligue 1 ia dilihat sebagai tanggungjawabnya, dan ketika PSG sekali tersilap langkah dengan membuat keputusan memecat jurulatih mereka pada pertengahan musim – sebelum ini, pada 2011/2012 mereka berada di kedudukan teratas apabila Antoine Kombouare dipecat pada Disember dan menggantikannya dengan Carlo Ancelotti, hanya berada di belakang Montpellier di kedudukan kedua.

Namun begitu, PSG mungkin masih menamatkan kempen dengan dua kejuaraan domestik. – AFP

Reaksi kecewa Angel Di Maria selepas gagal menyempurnakan peluang menjaringkan gol ketika bertemu Manchester City, baru-baru ini. – AP