PSG mudah tundukkan Dijon

PARIS, 13 Mac – Paris Saint-Germain melupakan kekecewaan Liga Juara-Juara minggu lalu dan meneruskan pemburuan trofi di Perancis dengan mencatat kemenangan 4-0 ke atas Dijon kelmarin.

Marquinhos, Kylian Mbappe, Angel Di Maria dan Eric Maxim Choupo-Moting masing-masing menjaringkan gol dalam penampilan pertama sejak tersingkir daripada Liga Juara-Juara di tangan Manchester United.

Dengan kemenangan itu, skuad kendalian Thomas Tuchel kini mempunyai kelebihan 17 mata mengatasi Lille dan kedua-dua mempunyai kelebihan satu perlawanan. Dengan saingan separuh akhir Piala Perancis berlangsung bulan depan, merangkul dua gelaran domestik dalam tangan tetapi kelab tersebut mengutamakan gelaran di Eropah.

“Ia merupakan langkah pertama untuk menunjukkan kami beraksi seperti juara. Ia adalah respons yang baik,” kata Tuchel.

“Kami masih mempunyai objektif dan kami mahu menjuarai liga dan piala.”

Skuad PSG telah diberikan cuti selama tiga hari selepas tewas 3-1 di tangan United sekali gus menyingkirkan mereka

daripada Liga Juara-Juara dengan kelebihan gol di tempat lawan. Ia merupakan kali ketiga berturut-turut PSG tersingkir pada saingan 16 terakhir.

Sesi latihan pada Ahad lalu berlaku ketegangan antara pemain dan penyokong yang tidak gembira dan ia tetap akan dilihat apabila mereka akan menerima kunjungan Marseille hujung minggu ini.

“Saya mahu penyokong untuk bersatu. Ia merupakan perkara utama yang perlu dilakukan,” kata Tuchel. – AFP