PSG perlu strategi baharu

PARIS, 11 Jan – Paris Saint-Germain (PSG) dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menewaskan Manchester United apabila kedua-dua buah pasukan itu diundi bersama dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara kurang dari sebulan yang lalu. Namun, para penyokong kelab gergasi Perancis itu mungkin tidak berasa begitu yakin pada ketika ini.

Semasa United memecat Jose Mourinho susulan keputusan perlawanan yang mencatatkan seri, PSG mula tidak menentu sejak rehat musim sejuk Perancis. Kekalahan di laman sendiri 1-2 pada Rabu lalu menentang Guingamp dalam perlawanan suku akhir Piala Liga tidak bermakna skuad kendalian Thomas Tuchel itu berada dalam krisis, tetapi keraguan semakin bertambah.

Sebelum beraksi menentang Guingamp, yang menghuni tangga tercorot Ligue 1, PSG telah memenangi 44 perlawanan dalam persaingan dua piala domestik Perancis lima tahun yang lalu.

Mereka telah memenangi Piala Liga selama lima musim berturut-turut dan belum tewas satu perlawanan domestik sejak Tuchel dilantik pada musim penamat lalu.

Bagaimana pun, keputusannya adalah kurang menarik dalam tempoh dua bulan yang lalu.

Mereka mendahului jaringan dalam perlawanan menerusi Neymar Rabu lalu, tetapi Guingamp bangkit bersama dua sepakan penalti lewat setelah terlepas satu sepakan penalti ketika perlawanan masih 0-0.

“Kami beraksi terlalu yakin sepanjang perlawanan dan merasakan tidak ada perkara buruk akan berlaku,” kata Tuchel.

Keputusan itu adalah kekecewaan bagi pasukan Jerman itu, tetapi tidak lebih dari itu, PSG memenangi tiga kejayaan dalam tiga dari empat musim lalu sementara keletihan lebih terjejas di Eropah dan tujuan utama Tuchel adalah liga dan Liga Juara-Juara.

Pasukannya itu hanya mempunyai tempoh sebulan sehingga bertemu United di Old Trafford pada perlawanan pertama 12 Februari depan. – AFP

Gambar fail bertarikh 10 Disember lalu menunjukkan Thomas Tuchel semasa sidang media yang di Belgrade, Serbia. – AP