PSG risau beraksi tanpa Mbappe

SAINT-GERMAIN-EN-LAYE, 10 MAC – Paris Saint-Germain risau dengan kecergasan penyerang bintang mereka, Kylian Mbappe yang telah terkena jangkitan sakit tekak menjelang saingan Liga Juara-Juara menentang Dortmund.

Bintang Juara Dunia Perancis itu tidak hadir pada sesi latihan kelmarin dan hari ini dan dilaporkan mengalami sakit tekak dengan kelabnya yang perlu bangkit dari kekalahan 2-1 pada pu-singan pertama dua minggu lalu.

Mbappe telah menjaringkan enam gol dalam tiga perlawanan terakhirnya.

PSG tewas 2-1 kepada Dortmund melalui pemain yang baru meningkat naik, Erling Haaland dan perlawanan pusingan kedua akan bermain di stadium yang kosong di Parc des Prince kerana COVID-19. – AFP