Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PSG tewas di tangan Nice

    PARIS, 1 FEB – Paris Saint-Germain tersingkir daripada Piala Perancis kelmarin apabila Marcin Bulka, penjaga gol yang mereka pinjamkan ke Nice, menyelamat dua kali dalam penentuan sepakan penalti untuk meletakkan pasukan baharunya ke peringkat lapan terakhir.

    Nice, di tangga kedua dibelakang PSG dalam Ligue 1, menang 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 0-0. Ini mencetuskan dendam pada suku akhir menentang Marseille, ketiga dalam liga.

    Keputusan undian lapan terakhir, dibuat sebelum perlawanan kelmarin, turut menggandingkan dua kelab divisyen empat yang masih bertahan, Bergerac dan Versailles.

    Dalam kedua-dua perlawanan lain, pasukan Ligue 1 akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Ligue 2 ketika Monaco menentang Amiens dan Nantes bertembung dengan Bastia.

    Di Parc des Princes, kedua-dua pasukan bergelut untuk mencipta peluang, walaupun Kylian Mbappe, yang masuk pada 30 minit terakhir, melakukan percubaan terkena palang pada masa tambahan.

    “Kami lebih baik daripada Nice,” kata jurulatih PSG, Mauricio Pochettino.

    “Kami berhak mendapat yang lebih baik, kami berhak untuk menang.

    “Tetapi kami tidak mencipta cukup peluang untuk menang. Kami sepatutnya lebih cekap,” kata jurulatih PSG.

    Dalam penentuan sepakan penalti itu, Bulka, dipinjamkan PSG selepas Gianluigi Donnarumma tiba pada musim panas lalu, menjadi penentu kemenangan Nice.

    Dia menyelamatkan penalti ketiga PSG daripada Leandro Paredes, tetapi Donnarumma membalas dengan menepis tendangan Andy Delort. – AFP

    Reaksi pemain Nice meraikan setelah memenangi penentuan sepakan penalti menentang PSG. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...