PSG tunggu Messi kembali beraksi

PARIS, 3 DIS – Paris Saint-Germain (PSG) telah mempercayai bahawa pemenang Ballon d’Or pada tahun ini dimiliki pemain mereka, tetapi Lionel Messi telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia untuk ketujuh kali dalam kerjayanya yang gemilang kerana pencapaiannya di tempat lain.

Pada usia 34 tahun, mungkin pada dasarnya Messi diberi ganjaran atas kecemerlangannya yang berterusan oleh juri-juri apabila beliau telah memenangi hadiah itu mendahului pesaing termasuk Robert Lewandowski dan Karim Benzema.

Walau bagaimanapun, beliau telah menjaringkan sebanyak 38 gol di kempen terakhir bersama Barcelona, menjadi penjaring tertinggi di La Liga, memenangi Copa del Rey dan menjadi kapten untuk pasukan Argentina dengan kemenangan di Copa Amerika.

Semasa beliau menerima anugerahnya dalam majlis di ibu negara Perancis pada hari Isnin, Presiden PSG, Nasser al- Khelaifi yang berada di sana bercakap mengenai “kebanggaan yang amat besar kerana salah seorang pemain kami telah memenangi anugerah yang paling berprestij dan yang diidamkan.”

Pada hari Rabu, sebagai tuan rumah PSG kepada Nice, mesej “Paris Golden City”, dalam bahasa Inggeris, menghiasi pintu masuk utama ke Parc des Princes. Di dalam, Messi diarak sebelum ‘kick-off’ di pentas sambil mempamerkan trofinya.

Messi yang telah bergelut dengan pelbagai isu kecergasan, belum bermain seperti pemenang Ballon d’Or untuk kelab baharu. – AFP

Reaksi Lionel Messi (kanan) selepas terlepas peluang untuk menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Satu Perancis antara PSG dan Nice di stadium Parc des Princes di Paris. – AP