Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSJD kembali bangkit

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Setelah kurang berpuas hati dengan hanya meraih kejuaraan Plate dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Sembilan Orang Sepasukan Bintulu yang lalu, Pasukan PSJD kembali bangkit setelah muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sepasukan Veteran Antarabangsa Bangkok, Thailand, yang bermula kelmarin.

    Pada hari pertama kejohanan, PSJD telah berjaya mengorak langkah ke peringkat akhir setelah berjaya menewaskan Pasukan Queensland Lions dengan jaringan 1-0 dan seri tanpa gol ketika menentang Bluetongues.

    Namun pasukan itu tewas di tangan Kaola FC dengan jaringan 1-2 dan mengakhiri hari pertama dengan kemenangan ke atas Pasukan Sportmen Bar, 1-0.

    Manakala pada hari terakhir hari ini, PSJD terikat seri 1-1 dengan Pasukan Bangkok Angles dan sekali gus layak mara ke separuh akhir sebelum menumpaskan Sportmen Bar dengan jaringan 1-0 untuk mara ke peringkat akhir dengan pertemuan bersama Bangkok Angles sekali lagi yang akhirnya memihak kepada PSJD dengan kemenangan 1-0.

    Pemain PSJD bergambar ramai bersama pingat masing-masing setelah menjuarai Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sepasukan Veteran Antarabangsa Bangkok, Thailand, semalam.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda