PSS pantau pergerakan warga asing

KOTA KINABALU, 10 SEPT – Pengeluaran Pas Sementara Sabah (PSS) yang akan dikeluarkan bermula pada 1 Jun tahun depan bertujuan untuk memantau pergerakan warga asing yang berada di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ia merupakan usaha bagi memastikan tiada pihak yang akan memalsukan dokumen berkenaan yang akan menyukarkan pihak berkuasa memantau pendatang asing.

“Kita bagi PSS yang bukan ‘tetap’ untuk memastikan mereka (warga asing) sama ada yang bekerja di ladang-ladang, di tempat tertentu akan dapat dipantau dengan lebih dekat oleh pihak berwajib iaitu Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen.

Sabah mempunyai hampir 500,000 warga asing di Sabah dan bagaimana kita tahu dan lebih baik kita pantau mereka daripada kita tidak tahu di mana mereka berada,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman dividen saham Sabah 2019 di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini hari ini. – Bernama