Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    PSW lantik jawatankuasa tadbir sesi 2022-2024

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam (PSW) telah mengadakan mesyuarat agung ke-14 di salah sebuah hotel di Kiulap, di ibu negara, baru-baru ini.

    Antara agenda utama dalam mesyuarat tersebut adalah pemilihan dan lantikan Jawatankuasa Tadbir PSW untuk sesi 2022-2024 yang mana selaras dengan perlembagaan persatuan berkenaan, lantikan dua orang ahlinya sebagai penasihat telah diaktifkan.

    Pada mesyuarat itu, Hajah Hassanah binti Haji Hassan telah dilantik sebagai Yang Dipertua PSW baharu bagi menggantikan Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin.
    PSW merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang telah ditubuhkan pada 5 Februari 1990.

    Penubuhannya mendukung penuh hasrat dan wawasan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Dalam melaksanakan visi dan misinya, PSW menjalankan aktiviti-aktiviti dan program termasuklah mengenai kemasyarakatan dan keagamaan.

    Gambar ramai ahli-ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2022-2024. – Gambar serahan PSW
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...