Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PT LCK Global tersenarai dalam bursa Indonesia

    JAKARTA, 16 Jan – Syarikat perkhidmatan pembinaan telekomunikasi, PT LCK Global Kedaton Tbk yang juga sebuah syarikat sekutu dari Malaysia, disenaraikan di Bursa Efek Indonesia (BEI), hari ini.

    Penyenaraian baharu dan yang pertama bagi 2018, dibuat sehari selepas kejadian lantai tingkat satu Menara 2 bangunan BEI berkenaan runtuh dan mencederakan kira-kira 80 orang. Presiden Direktur PT LCK Global Kedaton Tbk, Lim Kah Hock berkata penyenaraian dengan kod ‘LCKM’ itu membabitkan terbitan 200 juta saham pada harga 208 rupiah sesaham.

    “Syarikat memperoleh 41.6 bilion rupiah menerusi tawaran awam permulaan (IPO) yang diadakan pada 3 hingga 9 Januari lepas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Mengulas selanjutnya, Lim berkata 97 peratus daripada dana IPO yang dikumpul itu akan digunakan bagi modal kerja manakala bakinya untuk pembiayaan dan latihan penyelidikan serta pembangunan.

    “Syarikat kami terbabit dalam perkhidmatan penyediaan infrastruktur telekomunikasi untuk kalangan penyedia menara telekomunikasi di Indonesia.

    “Penyenaraian IPO ini merupakan langkah besar syarikat untuk merealisasikan visi jangka panjang serta muncul sebagai peneraju dalam sektor ini,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda