Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    PTEB adakan hari terbuka

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 6 DIS – Bagi membantu memberikan gambaran mengenai kehidupan pembelajaran di tingkatan enam, beberapa murid Tahun 11 daripada 11 buah sekolah di Daerah Belait berpeluang untuk mengunjungi Pusat Tingkatan Enam Belait (PTEB) sebagai sebahagian daripada aktiviti hari terbuka sekolah yang diadakan pada 28 November lalu.

    Hari terbuka tersebut berfungsi bagi membantu para pelajar Tahun 11 untuk mengenali budaya dan persekitaran sekolah berkenaan apabila mereka berjaya untuk melanjutkan pembelajaran di tingkatan enam.

    Dalam pada itu, pelbagai aktiviti dan gerai berkaitan subjek yang ditawarkan telah disediakan di setiap bilik darjah semasa hari terbuka tersebut. Selain itu, pelajar PTEB juga dapat berkongsi pengalaman pembelajaran mereka sendiri bagi membantu membimbing murid-murid Tahun 11 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang mata pelajaran yang ditawarkan di PTEB.

    PTEB berharap lawatan tersebut akan membantu pelajar Tahun 11 untuk menetapkan jangkaan lebih awal setelah mereka mendapatkan keputusan Peringkat O mereka nanti.

    Sehubungan itu, pihak sekolah juga berharap bakal pelajar baharu yang akan melanjutkan pembelajaran ke PTEB dapat memenuhi keperluan, untuk mempelajari struktur sukatan pelajaran lebih awal, yang mana banyak laluan masa depan yang tersedia untuk mereka.

    Oleh itu, pihak sekolah terus berhasrat untuk menjadikan PTEB sebagai pilihan pertama dan pilihan pelajar di daerah berkenaan bagi melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

    Antara pelajar Tahun 11 yang mengikuti lawatan semasa hari terbuka sekolah berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...