Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puak asli berdepan gaya hidup semakin sukar

    BAHARU sahaja pulang dari mengambil pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, Ebona merasa tenang ada tempat berpijak dalam hutan liar di mana ramai penduduk Gabon bimbang dengan risiko dihadapi.

    “Penduduk bandar telah mengupah saya untuk mencari daun-daun ini,” kata lelaki pigmi itu sambil meletakkan daun-daun itu di luar pondok kayunya yang terletak 500 meter dari desa Doumassi di utara Gabon.

    Sebagaimana penduduk yang lain, pigmi telah banyak diceritakan dalam cerita sastera rakyat negara itu dan merupakan masyarakat tertua di Afrika dan masih hidup sehingga ke hari ini di kawasan perhutanan yang terletak di Gabon dan Cameroon sehingga ke kawasan pedalaman Congo dan Republik Afrika Tengah.

    Kawasan perhutanan yang tebal merupakan tempat di mana masyarakat ini meneruskan kehidupan mereka dan puak asli ini sangat arif terhadap persekitaran ini.

    “Ini adalah rumah (hutan) kami,” kata seorang penduduk yang tinggal di kampung lain dan memperkenalkan dirinya sebagai Jean, etnik yang lain, mereka tidak mahu mendedahkan nama etnik Baka mereka dan ia hanya akan digunakan dalam masyarakat mereka sahaja.

    Kawasan perhutanan yang tebal merupakan tempat di mana masyarakat ini meneruskan kehidupan mereka dan puak asli ini sangat arif terhadap persekitaran ini.

    “Kami akan tidur di dalamnya, kami memburu dan kami hidup di dalamnya,” tambahnya kepada media.

    Etnik Baka mengalami hubungan yang dingin dengan komuniti jiran mereka, etnik Fang, kumpulan etnik utama di kawasan itu yang lebih cenderung melayan mereka seperti kanak-kanak. Masyarakat peribumi ini juga berjuang untuk menuntut hak kewujudan mereka yang sah di Gabon kerana kebanyakan etnik ini tidak mempunyai kad pengenalan dan situasi itu lebih merumitkan lagi kehidupan mereka.

    “Saya merupakan penduduk Gabon dan 100 peratus anak peribumi namun kami masih tidak mempunyai kad pengenalan. Mereka berjanji akan mendapatkan kad pengenalan itu buat kami namun sehingga kini, kami masih lagi menunggu,” kata penduduk kampung, Christian dan berharap hak yang sama sebagaimana penduduk Gabon yang lain.

    “Bagaimana saya akan menghantar anak-anak saya ke sekolah?” kata Christian dengan sedih dan kecewa. “Bagaimana saya hendak mengundi? Bagaimana saya hendak mendapatkan rawatan perubatan?” tambahnya.

    Dilema

    Hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya parlimen, pusingan pertama yang telah dirancang pada 6 Oktober ini, pegawai pilihan raya telah membuat pembaharuan untuk membenarkan golongan dewasa etnik Baka untuk mengundi. Kebanyakan etnik tersebut memilih untuk mengundi sesiapa sahaja dan mengatakan bahawa mereka hanya mahu untuk bertahan dan dikenali.

    Jean Baptiste Ondazagha Ewak yang bekerja dengan The Association for Family Mediation (AMF) berusaha keras bagi memperkenalkan budaya dan tradisi etnik itu bersama dengan penduduk yang lain.

    Badan bukan berasaskan keuntungan itu telah mencatat kelahiran anak-anak damit etnik Baka bagi menjamin masa depan anak damit itu untuk pergi ke sekolah dan menerima rawatan kesihatan.

    Atas kekurangan akses kepada kemudahan kesihatan, Norbert, salah seorang penduduk telah menyaksikan sendiri lima dari tujuh orang anaknya telah mati awal tetapi dia gembira kerana mendapati isterinya telah mengandung lagi.

    Bagi jangka waktu yang lama, cara ‘penduduk bandar’ akan meninggalkan kesan khususnya kepada masyarakat peribumi ini.

    Etnik Baka masih tidak mahu tinggal di kawasan hingar dan banyak kereta, kecuali untuk membeli barangan keperluan seperti tembakau, sabun, alkohol dan juga petrol, menurut Kristian.

    Bagi berusaha untuk mengumpul wang dan menghantar anak mereka ke sekolah, etnik ini telah menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai, bersedia untuk memandu orang luar untuk masuk ke dalam hutan dan menikmati kehidupan semula jadi. – AFP

    Tetapi keperluan untuk wang telah menimbulkan masalah bagi etnik ini yang hanya mengetahui tentang hutan dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan mereka.

    Bagi berusaha untuk mengumpul wang dan menghantar anak mereka ke sekolah, etnik ini telah menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai, bersedia untuk menjadi pemandu kepada orang luar untuk masuk ke dalam hutan dan menikmati kehidupan semula jadi.

    ‘Mereka tidak pernah terlepas’

    Walaupun mempunyai hubungan yang tidak baik namun etnik Baka masih bersedia untuk memburu demi etnik Fang. Etnik Fang lebih cenderung untuk melayan penduduk kerdil itu sebagai ‘Subhuman’ disebabkan oleh keadaan badan mereka yang pendek namun Fang mengakui bahawa etnik ini mempunyai kepakaran yang hebat dalam berburu dan kehidupan di dalam hutan.

    “Walaupun daripada jarak jauh, mereka tidak akan terlepas daripada sasaran mereka,” kata Rigobert, salah seorang etnik Fang yang telah menghantar dua orang daripada etnik Baka untuk memburu.

    Rigobert telah memberi mereka senjata purba dan mereka akan kembali pada waktu pagi dengan buruan mereka. Jean merupakan salah seorang daripada pemburu itu.

    “Ada kalanya, pihak tentera memerlukan bantuan kami, namun saya berkata tidak kerana saya mempunyai keluarga dan seorang pemburu,” kata Jean. “Satu-satunya haiwan yang saya takut adalah gorila, kerana ia boleh bertindak seperti manusia,” tambah Jean.

    ‘Selalu memakan gajah’

    Badan bukan berasaskan keuntungan dan penduduk bandar sering mengupah etnik Baka untuk mengambil pokok belukar dan tumbuh-tumbuhan yang bernilai.

    Tetapi etnik ini juga turut diupah oleh pemburu haram untuk mencari gajah dan membunuhnya. “Dengan satu tembakan, saya sudah berjaya membunuhnya,” kata Jean. “Segala kelengkapan berburu dimiliki oleh pemberi upah,” kata Jean yang kini menyedari bahawa kegiatan itu sebenarnya telah dilarang di Gabon.

    Kini, Jean merupakan salah seorang yang bertanggungjawab untuk melindungi binatang-binatang terancam tetapi Jean tidak menyukai undang-undang.

    “Saya selalu sahaja memakan daging gajah,” katanya. Jean turut menambah bahawa kegiatan memburu turut menawarkan sumber pendapatan yang lumayan di mana pemburu oleh mendapat sekitar 200,000 atau bahkan 300,000 franc (AS$348) bergantung kepada saiz ukuran gading. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda