PARIS, 24 Mei – Juara Olimpik, Monica Puig terpaksa menarik diri daripada Terbuka Perancis semalam selepas kecederaan pinggulnya masih belum pulih sepenuhnya, menurut pengumuman pemain Puerto Rica itu menerusi Twitter.
Puig, 24 tahun, dengan rangking ke-62 dunia, mengalami kecederaan ketika pusingan kelayakan di Terbuka Rom, minggu lalu.
“Ia menyakitkan saya dan pastinya saya akan terlepas aksi Roland Garros buat pertama kali sejak 2010. Saya telah bekerja keras bersama pasukan saya untuk merawat luka ini,” katanya.
Pada saingan Terbuka Perancis 2016, Puig mara hingga ke pusingan ketiga manakala pada saingan tahun lalu, dia terkandas di pusingan kedua selepas tewas di tangan Jelena Ostapenko yang muncul juara. – AFP