Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PUJA anjur ceramah Indemniti Profesional

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Dengan matlamat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, perkongsian perkembangan terkini serta pertukaran idea dalam kalangan ahli profesional, Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) telah mengadakan ceramah bertajuk Indemniti Profesional (Professional Indemnity) yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Latihan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas, hari ini.

    Ceramah yang dihadiri oleh lebih 50 orang profesional yang terdiri daripada jurutera dan arkitek itu bukan sahaja memberi peluang untuk berkongsi pendapat mengenai isu indemniti profesional tetapi juga perkembangan terkini dalam bidang profesional masing-masing.

    Ceramah berkenaan telah disampaikan oleh penceramah undangan dari J.B Bod & Co Singapura, Ram Garg yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan di rantau ASEAN.

    Dalam ceramahnya, beliau menjelaskan mengenai Indemniti Profesional bagi ahli profesional dalam bidang kejuruteraan, ukur dan arkitek dari segi tanggungjawab, peranan dan juga keperluan bagi para profesional untuk mempunyai insurans perlindungan professional.

    Ram Garg ketika menyampaikan ceramah mengenai Indemniti Profesional di Pusat Latihan Kementerian Pembangunan.
    Ram Garg ketika menyampaikan ceramah mengenai Indemniti Profesional di Pusat Latihan Kementerian Pembangunan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda