Tuesday, August 9, 2022
29.7 C
Brunei

PUJA Brunei adakan mesyuarat agung tahunan

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Persatuan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei, kelmarin, telah mengadakan mesyuarat agung tahunan sepenuhnya secara fizikal di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan dan maya melalui platform Zoom.

Hadir secara fizikal semasa mesyuarat itu ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar; ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat FDr Ar Dayang Siti Rozaimeriyanty binti DSLJ Haji Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PUJA, Haji Mohamad Zin bin Haji Salleh tersebut turut diha-diri oleh setiausaha-setiausaha tetap di Kementerian Pembangunan, ahli Majlis PUJA serta anggota PUJA yang lain.

Mesyuarat dimulakan dengan perbincangan dan kelulusan minit mesyuarat Mesyuarat Agung Pertengahan Penggal yang lalu diikuti pembentangan laporan daripada tiga bahagian dalam PUJA iaitu Bahagian Jurutera, Bahagian Arkitek dan Bahagian Ukur.

Sementara itu, undian turut dijalankan yang menyaksikan pemilihan Haji Mohd Hanafi bin POKDGSDRDLU Haji Abdul Rahman sebagai presiden PUJA yang baharu manakala Sr Hajah Hajijah binti Haji Salleh sebagai pengerusi dan naib presiden Bahagian Ukur, Ir Chin Lee Tuck sebagai pengerusi dan naib presiden Bahagian Jurutera manakala itu, Ar Haji Abdullah bin Haji Ahmad sebagai pengerusi dan naib presiden Bahagian Arkitek.

Antara yang hadir semasa mesyuarat agung tahunan PUJA di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. – Gambar serahan PUJA
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -