OUAGADOUGOU, 7 Sept – Sebuah mahkamah di Burkina Faso telah menjatuhkan hukuman penangguhan tiga tahun kepada seorang perawat terkenal selepas perbicaraan di mana dia disabitkan bersalah akibat bersubahat memukul seorang pengikut.
Adja, yang nama sebenarnya ialah Amsetou Nikiema, telah menarik ribuan pengikut ke perhimpunan di mana dia dikatakan merawat mereka yang jatuh sakit atau dipercayai dirasuk atau dikutuk oleh nasib malang.
Selepas perbicaraan selama sehari, sebuah mahkamah di ibu negara Ouagadougou semalam mensabitkan kesalahan ke atas wanita berusia 20 tahun itu kerana terlibat bersubahat mencederakan tubuh.
Dia dijatuhkan penangguhan hukuman selama tiga tahun dan denda AS$1,600, yang juga ditangguhkan.
Pendakwa raya telah memohon tempoh dua tahun, dengan satu tahun digantung dan denda tiga juta franc.
Pada Julai lalu, video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur diseksa di sebuah lokasi berhampiran Ouagadougou oleh lelaki yang mengatakan mereka adalah rakan Adja.
Dia telah ditangkap namun berjaya melarikan diri dengan bantuan tentera. – AFP
