Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Pulang dengan gilang

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Atlet dari Brunei Chainblock Gym kelmarin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei selepas menyertai Minggu Sukan Jakarta 2022, baru-baru ini.

    Pengiran Roslannie bin Pengiran Haji Jumat membawa pulang pingat emas dalam kategori Terbuka PRO U95kg.

    Manakala, Pengiran Azizul Akbar bin Pengiran Haji Badaruddin membawa pulang pingat emas dalam kategori Master dan gangsa dalam Terbuka PRO U95kg.

    Sementara itu, Alinawati binti Haji Aliakbar mendapat pingat perak dalam kategori Wanita PRO U75kg.

    Muhammad Hamizan bin Haji Zainal pula mendapat pingat gangsa dalam kategori Terbuka PRO.

    Hadir bagi menyambut kepulangan para atlet tersebut ialah Pengurus Pasukan Chainblock, Haji Zainal bin Haji Othman, serta keluarga dan rakan-rakan.

    Para atlet dari Brunei Chainblock Gym bergambar bersama pingat yang dimenangi mereka. – Gambar serahan Brunei Chainblock Gym
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...