Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pulau Boracay buka semula

    BORACAY, 26 Okt – Para pelancong menggunakan bot tiba di Pulau Boracay apabila pulau itu telah dibuka semula dengan beberapa peraturan baharu diperkenalkan selepas penutupan selama enam bulan.

    Presiden Rodrigo Duterte pada April lalu menutup pulau yang terkenal dengan pasir putih itu dan menyifatkannya sebagai sebuah tempat yang kotor dan sampah-sarap menjejaskan pantai yang dulunya terkenal dengan air berwarna biru.

    Antara yang pertama tiba di pulau adalah pengunjung yang pertama kali datang ke pulau itu dan tertarik dengan prospek kebersihan dan tidak ramai orang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda