Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pulau Greece darurat selepas banjir

    ATHENS, Greece, 27 Sept – Pihak berkuasa Greece telah mengumumkan pulau Samothrace utara Laut Aegean dalam keadaan darurat selepas ribut teruk memusnahkan jalan-jalan raya, bangunan dan bekalan minuman.

    Tiada kecederaan mahupun korban jiwa telah dilaporkan.

    Kenyataan kerajaan berkata hari ini yang pasukan tentera dan orang awam dari bahagian lain dari negara itu telah dihantar ke Samothrace untuk membantu memperbaiki kemusnahan akibat banjir.

    Ia berkata usaha itu menumpu pada pembaikan rangkaian jalan dan bekalan air di pulau itu. Pusat kesihatan dan bangunan-bangunan perbandaran Samothrace juga mengalami kemusnahan teruk akibat ribut itu awal kelmarin dan pada Isnin. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda