Pulau Komodo dijadikan pulau premium
Kerajaan Indonesia telah membatalkan rancangan mereka untuk melarang kemasukan pelancong ke Pulau Komodo sebaliknya mengehadkan kedatangan jumlah pelancong serta menaikkan harga kemasukan sekali gus mewujudkan ‘destinasi premium’, kata perwakilan pegawai kerajaan Indonesia. Satu rancangan yang diumumkan pada tahun lepas mungkin akan menyaksikan taman negara Komodo ditutup bermula tahun 2020 berikutan kebimbangan terhadap spesies kadal gergasi


































