Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Pulau percutian Langkawi dibuka semula, tarik ribuan pelancong

    LANGKAWI, MALAYSIA – Pengunjung datang berduyun-duyun ke pulau Langkawi Malaysia Khamis lalu ketika ia menjadi tempat percutian pertama di negara itu untuk dibuka semula setelah perintah berkurung koronavirus yang telah memberi kesan teruk ke atas industri pelancongan yang penting di negara itu.

    Sekatan ke atas perjalanan tempatan telah dikenakan selama berbulan-bulan dan sempadan antarabangsa tetap ditutup ketika Malaysia memerangi gelombang COVID-19 terburuknya.

    Tetapi dengan penurunan kes wabak secara perlahan-lahan, Langkawi, salah satu destinasi percutian utama tropika di Malaysia, telah dipilih untuk projek perintis untuk membuka semula sektor itu kepada pelancong domestik.

    Pulau itu mula menyambut pelancong pada Khamis lepas, dengan meriam air melepaskan tembakan ke atas pesawat pertama yang mendarat di lapangan terbangnya.

    “Kami sangat gembira kerana kami sebelum ini tidak dapat pergi ke mana-mana sejak Februari 2020,” beritahu Andrea Manason, seorang wanita Australia berpangkalan di Kuala Lumpur yang pergi melancong bersama keluarganya seramai enam orang, kepada AFP.

    Gambar menunjukkan patung burung helang yang terkenal di Langkawi ketika para pelancong dalam negara dibenarkan bercuti ke pulau Langkawi, Malaysia. – AFP
    Para pengunjung berjalan di sepanjang Pantai Cenang di Langkawi, ketika pulau percutian itu dibuka kembali kepada pelancong domestik. – AFP
    Kereta kabel Langkawi, Skycab mengadakan perjalanan di Langkawi kelmarin ketika pulau percutian itu dibuka semula kepada pelancong domestik. – AFP05

    “Sangat menggembirakan kami berada di sini dan teruja kerana sempat membawa anak-anak keluar meninggalkan rumah.”

    Di bawah inisiatif itu, hotel dan perniagaan telah dibenarkan untuk dibuka kembali sementara kegiatan di pantai pulau itu disambung semula.

    Pelancong mesti mendapatkan vaksin lengkap untuk melawat dan perlu menjalani ujian virus sebelum berlepas.

    Alexander Isaac, ketua firma sewa kapal persiaran, mengatakan dia gembira perniagaannya dibuka semula kerana sektor pelancongan di pulau itu ‘paling teruk terjejas’ oleh sekatan virus.

    “Kami tidak sanggup menghadapi perintah berkurung lagi … Kita perlu membuka semula ekonomi dan membantu orang bekerja semula.”

    Pulau di luar pantai barat laut Malaysia telah lama terkenal dengan pengunjung domestik dan luar negara, walaupun buat masa ini pelancong asing masih dilarang untuk datang ke negara itu.

    Langkawi menyambut sekitar 3.9 juta pelawat pada tahun 2019, dengan jumlahnya menurun secara mendadak sejak wabak COVID-19 meletus.

    Sekiranya ‘gelembung pelancongan’ pulau itu berjaya, maka destinasi percutian lain dijangka akan dibuka semula tidak lama lagi.

    Negara jirannya, Thailand telah membuka kembali beberapa pulau pelancongannya, termasuk Phuket, kepada pelancong asing yang telah lengkap divaksinasi.

    Malaysia mula mengenakan perintah berkurung di seluruh negara pada bulan Jun kerana varian Delta yang sangat menular mencetuskan peningkatan jangkitan dan kini telah mencatat lebih daripada dua juta kes dan mencatat lebih 22,000 kematian.

    Tetapi pihak berkuasa telah mula melonggarkan sekatan dalam beberapa minggu terakhir ketika wabak menurun dan program vaksin meningkat pesat, dengan lebih daripada separuh populasi sekarang telah lengkap divaksinasi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...