GEORGE TOWN, 6 Mac – Pulau Pinang telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkanKarnival Olimpik 2019 bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 12 dan 13 Jun depan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019 dapat menyediakan platform terbaik kepada negeri itu untuk melahirkan lebih ramai atlet dan bakat-bakat muda.
“Karnival ini adalah simbolik kepada kejohanan sukan yang paling berprestij kerana adalah menjadi impian setiap atlet untuk beraksi di pentas sukan Olimpik.
“Tarikh 23 Jun merupakan acara kemuncak iaitu acara penyalaan simbolik cahaya Olimpik di mana obor akan dibawa oleh bekas atlet-atlet olimpik negara dan bakal-bakal atlet harapan negara.
“Ini acara ‘countdown’ ke hari Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Chow, penyertaan karnival ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia melalui tiga kategori umur iaitu di bawah 12 tahun, di bawah umur 18 tahun, dan 18 tahun ke atas.
Chow berkata sebanyak empat acara akan dipertandingkan iaitu badminton, bola tampar, sepak takraw, dan tenpin boling. – Bernama

































