Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pulau Pinang tekad raih emas bola sepak

    KUALA LUMPUR, 22 SEPT – Perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 malam esok bakal menyajikan aksi sengit dan menarik apabila Pulau Pinang bermotivasi tinggi untuk melakar nama sebagai pemenang pingat emas buat julung kali.

    Skuad Pulau Pinang kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang akan membuat perhitungan berdepan Terengganu di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sudah bersedia menamatkan kemarau emas selepas dua kali dikecewakan pada final edisi 2000 dan 2002. Akmal Rizal yang merupakan bekas penyerang skuad kebangsaan berkata layak ke final adalah pencapaian terbaik buat skuad bimbingannya yang mula dibentuk sejak Januari lepas bagi menghadapi saingan Piala Presiden dan Sukma kali ini.

    “Mungkin tidak banyak pihak beranggapan kami mampu mara sejauh ini tapi jauh di sudut hati saya, apabila pasukan dibentuk dari awal saya tahu keupayaan dan kemampuan pemain Pulau Pinang boleh pergi jauh kerana mereka karakter dan sifat kekeluargaan dalam pasukan.

    “Semua sedar kali terakhir kita masuk final pada 2000 dan 2002 dan kita tewas. Apabila dah ke final kali ini, moral setiap pemain berada pada tahap paling tinggi dan mereka tahu apabila sampai di final akan buat sehabis baik,” katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur hari ini. 

    Mengulas mengenai pasukan lawan, Akmal Rizal berkata Terengganu merupakan juara hatrik dari edisi 2006 sehingga 2010 terkenal sebagai antara negeri yang mempunyai sistem pembangunan bola sepak terbaik negara dan dibarisi pemain berkualiti. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...