Pulau siput kon menjadi tumpuan pelancong

‘PULAU’ Conch secara teknikalnya bukan sebuah pulau, tetapi timbunan cangkerang konc yang dibuang oleh nelayan di tempat yang sama beberapa tahun lamanya.

Terletak di kawasan timur Anegada, pulau kedua terbesar daripada British Virgin Islands, di Caribbean, Pulau Conch merupakan satu tarikan pelancong yang menakjubkan dan bukti kepada kepopularan daging siput kon di kawasan pulau ini. Selama beberapa abad, nelayan tempatan telah menyelam di perairan cetek di kawasan Anegada ini dalam usaha mencari siput laut yang bergerak dengan perlahan dan yang boleh dimakan ini dan kebanyakan mereka telah membuang cangkerang besar mereka di tempat yang sama. Timbunan kulit siput yang membentuk Pulau Conch adalah hasil daripada ketabahan mereka.

Siput kon ditangkap untuk dagingnya, yang merupakan asas masakan Caribbean dan untuk kulit atau cangkerangnya yang nampak menakjubkan, yang dijual sebagai cenderamata dan barang kemas. Ini membuatkan ada yang tertanya-tanya kenapa penjual cenderamata tempatan tidak menggunakan kulit siput Pulau Conch, sebaliknya membelinya daripada nelayan. Jelasnya, sementara berjuta-juta kulit siput kon ini memberikan pemandangan yang mengagumkan dari jauh, ianya tidak kelihatan atau nampak menarik dari dekat.

“Kulit berkenaan tidaklah secantik seperti yang anda fikirkan,” jelas pengguna Reddit Viking Mart di rangkaian sosial popular itu. “Kebanyakannya sudah rosak. Ia disebabkan demi mengeluarkan isi siput kon, nelayan biasanya menebuk satu lubang menerusi ‘hidung’ cangkerang. Ini adalah supaya nelayan dapat sampai dan mengendur otot siput (dengan pemutar skru atau pisau), dan seterusnya menariknya keluar. Ia meninggalkan kulit siput berkenaan cacat dan seseorang mungkin mempunyai kesukaran untuk menjualnya.”

Ahli sains mengeluarkan beberapa cangkerang dari bawah pulau Conch dan, menggunakan pemetaan radiokarbon, mereka berupaya menentukan bahawa ia telah wujud beberapa ratus tahun lalu, sejak SM 1245.

“Tapak pengebumian siput kon ini menyokong bukti bahawa penduduk asli Arawak tinggal di Anegada beberapa ribu tahun lalu,” kata pakar.

Nelayan konc pada hari ini telah pun menyumbang kepada kepopularan Pulau Conch dalam tempoh 200 tahun lalu, tetapi sementara ia telah menjadikannya satu tarikan pelancong yang mengagumkan, ia juga telah meletakkan siput dalam senarai spesis terancam. Ianya telah ditangkap dengan amat banyak sehingga kewujudannya sudah terancam di seluruh Caribbean. Pulau Conch bukanlah pulau buatan manusia terbesar di dunia, tetapi ia cukup besar untuk dilihat di Google Earth. – Agensi

Jutaan kulit siput kon ini memberikan pemandangan yang mengagumkan dari jauh, ianya tidak kelihatan atau nampak menarik dari dekat. – Agensi
Terletak di kawasan timur Anegada, pulau kedua terbesar daripada British Virgin Islands, di Caribbean, Pulau Conch merupakan satu tarikan pelancong yang menakjubkan dan bukti kepada kepopularan daging siput kon di kawasan pulau ini. – Agensi