Pulihara sejarah, budaya melalui fotografi

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 23 JUN – Bagi memberigakan mengenai potensi gambar lama dan baharu dalam memulihara sejarah budaya merentas zaman, terutamanya yang berkaitan dengan pulau Borneo, Persatuan Fotografi Panaga (PPS) telah mengadakan taklimat mengenainya di Bilik Pelangi, Kelab Panaga, hari ini.

Taklimat yang dikendalikan oleh seorang profesor pengajian Borneo di Institut Pengajian Asia, Victor King itu bukan sahaja menunjukkan sejarah 50 tahun yang dilaluinya sepanjang menetap di Pulau Borneo malah perubahan masa serta bagaimana gambar-gambar yang diambilnya dalam tempoh berkenaan membawa sejarah dan budaya pada masa itu.

Victor King menjelaskan, beliau bercakap mengenai penyelidikannya di Borneo terutamanya di Brunei dan taklimat itu direka berdasarkan perubahan minat beliau di rantau ini dan bagaimana kerjaya beliau berkembang daripada penyelidikan kepada pemuliharaan budaya dan sejarah menerusi gambar-gambar.

Pengerusi Kehormat PPS, Nicoline Alma berkata bahawa dalam menunjukkan gambar-gambar berkenaan, ia dirahap untuk mengaspirasikan ahli-ahli persatuan untuk mengambil lebih banyak gambar, terutamanya dengan kemunculan semula fotografi filem dan dengan berkongsi sentimen sama, beliau menekankan bagaimana ahli itu merancang untuk terus mengadakan taklimat-taklimat pada masa akan datang.

Ketika ditemui, Nicoline berkata bahawa persatuan itu meraikan ulang tahunnya yang ke-65 tahun ini dan di samping taklimat itu, persatuan berkenaan juga merancang mengetengahkan pelbagai kejayaan dengan menghasilkan kalender khas.

Taklimat berkenaan disusuli dengan sesi soal jawab ringkas bersama para hadirin yang terdiri daripada ahli-ahli lama dan baharu di samping itu, Nicoline juga menunjukkan bilik gelap untuk memproses filem yang dikendalikan PPS.

Victor King ketika menyampaikan taklimat pada acara tersebut.