Pulisic kembali kelayakan Piala Dunia AS-Mexico

LOS ANGELES, 5 NOV – Christian Pulisic yang kembali cergas telah dinamakan dalam skuad Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi 25 pemain untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia akan datang menentang Mexico dan Jamaica.

Pulisic hampir tidak bermain untuk pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea musim ini selepas mengalami kecederaan buku lali dalam kemenangan 4-1 AS ke atas Honduras pada September lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu kembali semula daripada kecederaan pada Selasa lalu, masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 1-0 Chelsea di gelanggang lawan ke atas Malmo dalam Liga Juara-Juara dan Berhalter tidak membuang masa untuk memanggilnya kembali ke skuad AS.

Pemanggilan semula Pulisic meninggalkannya dalam rangka jadual untuk kembali dalam kelayakan Piala Dunia AS menentang Mexico di Cincinnati pada 12 November.

Pasukan AS, yang menduduki tempat kedua dalam kedudukan kelayakan CONCACAF yang mempunyai lapan pasukan di belakang Mexico, berkunjung ke Kingston untuk berdepan Jamaica empat hari kemudian pada 16 November.

“Apabila berkaitan dengan AS-Mexico, saya teruja dengan pemain kami kerana ia bukan sekadar permainan – ia satu acara,” kata Berhalter dalam satu kenyataan. – AFP

Aksi pemain tengah Chelsea, Christian Pulisic membawa bola dalam perlawanan Piala Super menentang Villarreal di Windsor Park. – AFP