Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pulisic tonggak utama kemenangan AS

    CINCINNATI, 2 JUN – Bintang Chelsea, Christian Pulisic memainkan peranan ketika Amerika Syarikat (AS) membuat persediaan untuk bermain di Piala Dunia dengan kemenangan 3-0 dalam pertemuan persahabatan menentang Magribi, kelmarin.

    Dalam perlawanan tersebut, Pulisic membantu pemain baharu Leeds United, Brenden Aaronson untuk mencipta gol pertama dan berjaya meraih penalti yang kemudian dilengkapkan oleh Haji Wright, yang membuat penampilan sulung, ketika AS mencatat kemenangan pertama ke atas Magribi di Stadium TQL di Cincinnati.

    Sementara itu, penyerang Lille, Timothy Weah juga berjaya menambah gol untuk pasukan AS, setelah percubaannya tersasar dalam penalti separuh masa kedua apabila rembatan Selim Amallah terkena tiang gawang.

    Walau bagaimanapun, jurulatih pasukan kebangsaan AS, Greg Berhalter berpuas hati dengan prestasi dan persembahan yang diberikan oleh anak buahnya ketika pasukan tersebut semakin hampir untuk bermain di Qatar nanti, di mana perlawanan pertama mereka akan bertemu dengan England, Iran dan Ukraine ataupun Wales.

    Selain itu, di bawah kendalian Berhalter, dia menginginkan anak buahnya untuk memberikan permainan yang agresif, dan pasukan tersebut beraksi dengan baik.

    Jesus Ferreira dan Weah telah memaksa penjaga gol Yassine Bounou melakukan aksi menyelamat berulang kali pada awal perlawanan. Maghribi, yang akan menentang Belgium, Kanada dan Croatia dalam pusingan pertama di Piala Dunia nanti, sepatutnya mendahului 12 minit perlawanan, apabila pemain bek kiri Watford, Adam Masina menembusi benteng pertahanan AS hanya untuk menyaksikan percubaannya diselamatkan oleh penjaga gol Matt Turner. – AFP

    Aksi Christian Pulisic semasa mengawal bola dalam perlawanan menentang Maghribi di Stadium TQL, Cincinnati, Ohio. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...