Puluhan diselamatkan selepas feri karam

MANILA, 7 NOV – Pihak berkuasa menyelamatkan puluhan penumpang selepas feri karam di lautan bergelora hari ini, namun pasukan pencari masih lagi berusaha untuk mengesahkan semua penumpang yang ada, kata pengawal pantai.

Seramai 59 orang diselamatkan dari kapal Siargao Princess yang membuat perjalanan dekat pulau Cebu, sementara tiga yang lain berenang ke pesisir selepas kapal karam.

Manifes menunjukkan 60 kru dan penumpang menaiki kapal itu, kata pengawal pantai, bagaimana masih belum jelas jika senarai itu lengkap yang biasanya kapasiti penumpang sering melebihi had. – AFP