Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Puluhan disiasat mengenai kejatuhan mata wang kripto

    SEOUL, 22 JUN – Pendakwa raya Korea Selatan melarang puluhan orang berkaitan dengan Terraform Labs dari meninggalkan negara ketika mereka mengembangkan siasatan ke atas kejatuhan AS$40 bilion mata wang kripto syarikat itu yang memusnahkan peniaga di seluruh dunia.

    Pejabat pendakwa raya daerah selatan Seoul hari ini berkata ia merancang untuk memanggil mereka untuk soal siasat ketika ia cuba menentukan sama ada syarikat itu melakukan penipuan atau melanggar undang-undang kewangan sebelum kejatuhan mata wang digitalnya, TerraUSD dan Luna, pada Mei.

    Pejabat pendakwa raya tidak mendedahkan jumlah mereka yang dikenakan penggantungan perjala-nan selama sebulan atau siapa mereka, meskipun mereka mungkin termasuk kakitangan dan pemaju yang pernah bekerja atau masih bekerja. Pendakwa raya enggan memberikan lebih banyak butiran dan berkata siasatan masih dijalankan.

    Daniel Hong, bekas pemaju Terraform, menunjukkan notis dikeluarkan oleh kerajaan melalui Twitternya bahawa dia dilarang daripada meninggalkan negara itu sehingga 19 Julai.

    Kejatuhan TerraUSD dan Luna, yang dibangunkan oleh Terraform Lab, menjejaskan kira-kira 280,000 orang pelabur dari Korea Selatan sementara menyebabkan kemelut lebih meluas dalam pasaran mata wang kripto global. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...