Puluhan ditahan bantah perintah berkurung di Jerman

BERLIN, 26 APRIL – Polis Jerman menahan puluhan penunjuk perasaan yang membantah perintah berkurung bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di Berlin semalam.

Kira-kira 1,000 orang menyertai perhimpunan berkenaan yang telah menjadi acara mingguan di ibu negara.

Tunjuk perasaan itu menarik perhatian terutama aktivis sa-yap kiri, penyokong sayap kanan serta anggota kumpulan lain.

Polis mengadakan sekatan di Dataran Rosa Luxemburg, manakala penunjuk perasaan berkumpul di jalanan. Dalam kenyataan dimuat naik di Twitter, polis meminta orang ramai bersurai kerana tunjuk perasaan itu tidak mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan bertujuan mencegah penularan wabak.

Tunjuk perasaan itu tidak dibenarkan kerana peraturan darurat di Berlin melarang perhimpunan lebih daripada 20 orang. – AFP