Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Puluhan ditahan cuba tinggalkan Afghanistan secara ‘haram’

    KABUL, 25 JAN – Puluhan warga Afghanistan dihalang dari meninggalkan negara itu ‘secara haram’ melalui udara kelmarin, menurut pegawai tinggi Taliban, dan beberapa orang wanita adalah di kalangan mereka yang ditahan sehingga mereka dibawa oleh adik-beradik lelaki mereka.

    Puluhan ribu warga Afghanistan meninggalkan Kabul melalui penerbangan pada Ogos tahun lalu ketika Taliban kembali berkuasa di tengah-tengah pengunduran tentera pimpinan Amerika Syarikat (AS).

    Beberapa buah negara dan NGO antarabangsa sejak itu mengoperasi penerbangan khas tidak menentu bagi membawa keluar warga Afghanistan, tetapi pihak berkuasa Taliban semakin membanteras tindakan tersebut.

    Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata melalui Twitternya kelmarin bahawa sekumpulan penduduk cuba meninggalkan negara menaiki penerbangan dari bandar utara, Mazar-i-Sharif.

    “Seramai 40 orang telah ditahan, yang cuba meninggalkan negara secara haram menaiki pesawat,” katanya.

    Dia berkata kebanyakan mereka telah dibebaskan, tetapi sebilangan wanita ‘masih ditahan kerana adik-beradik lelaki mereka masih belum ada untuk membawa mereka pulang’.

    Tidak jelas siapa yang mengaturkan penerbangan tersebut.

    Puluhan ribu penduduk Afghanistan masih terdesak untuk meninggalkan negara itu – bimbang dengan balas dendam Taliban kerana kaitan mereka dengan dengan tentera luar atau bekas rejim disokong oleh AS.

    Taliban menegaskan sesiapa sahaja dibenarkan untuk meninggalkan negara itu selagi mana mereka mempunyai dokumen sah – termasuk visa ke tempat destinasi mereka tuju – tetapi untuk mendapatkan pengesahan di kedutaan yang beroperasi adalah sangat sukar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...