Puluhan ditahan rusuhan belenggu Brussels

BRUSSELS, 12 APRIL – Seramai 43 orang ditahan polis di ibu negara Belgium semalam apabila rusuhan meletus berikutan satu kemalangan di antara sebuah kenderaan polis dan seorang pemuda yang menunggang skuter, kata pihak berkuasa.

Pergolakan berlaku pada malam Jumaat apabila peronda polis di Anderlecht, daerah di Brussels, cuba menghalang seorang lelaki berusia 19 tahun yang menunggang skuter.

Polis mula mengejar tetapi skuter itu berlanggar dengan kenderaan polis kedua sekali gus membunuh penunggang skuter di tempat kejadian.

Selepas beberapa kejadian pada Jumaat, polis rusuhan menghabiskan beberapa jam semalam meleraikan pembantah muda yang telah berkumpul selepas panggilan di media sosial.

Datuk bandar Anderlecht Fabrice Cumps memberitahu AFP bahawa dua pegawai polis mengalami kecederaan ringan dalam kejadian semalam, seorang terkena peluncur dan seorang mangsa pertengkaran.

Beberapa pembantah juga mengalami kecederaan ringan, kata beliau.

Cumps berkata situasi ‘jelasnya sudah terkawal’ tetapi polis masih dikerah dan menjangka lebih banyak kejadian bakal berlaku pada malamnya.

Datuk bandar berkata beliau bertemu dengan keluarga mangsa semalam dan percaya kematian digunakan sebagai dalih palsu oleh mereka yang mencetuskan masalah. – AFP

Pegawai polis memakai pakaian perlindungan berdiri di tapak rusuhan di Anderlecht, Brussels pada 11 April. – AFP