Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Puluhan lemas, bot karam luar Maghribi

    RABAT, 13 MAC – Kira-kira 44 penghijrah termasuk wanita dan anak damit, mati lemas minggu ini di luar pantai Maghribi ketika mereka cuba ke Sepanyol, kata agensi bantuan penghijrah, Caminando Fronteras.

    Memetik saudara mangsa, ia berkata mayat lima wanita dan dua anak damit dibawa ke pesisir namun yang lain masih lagi hilang.

    “Tragedi. Kira-kira 44 mangsa mati lemas di luar pantai Tarfaya (selatan Maghribi)”, kata agensi bantuan, Helena Maleno kelmarin.

    Mereka antara 61 penghijrah yang menaiki bot menuju ke Pulau Canary, Sepanyol, sekitar 100km jauhnya dari Tarfaya, katanya.

    Sekitar 16 wanita dan enam kanak-kanak antara mereka yang berada di dalam bot tersebut, kata Maleno.

    “Mayat tiga wanita dan dua anak damit kini di bilik mayat Laayoune,” di bandar utama wilayah Sahara Barat. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...