Puluhan pembantu rumah terkandas di Lubnan

BEIRUT, 5 JUN – Puluhan pembantu rumah berkumpul di luar Pejabat Konsul Habsyah di Beirut semalam, ada di antara mereka bertanyakan penerbangan pulang, yang lainnya terkandas selepas ditinggalkan oleh majikan yang mendakwa mereka tidak mampu membayar gaji mereka.

Kira-kira 180,000 pembantu rumah di Lubnan, kebanyakan mereka wanita dari Habsyah, semakin terdesak tatkala dibelenggu krisis ekonomi dan kewangan, ditambah dengan sekatan koronavirus.

Kementerian Pekerja menganjur bas pada lewat Rabu yang membawa kira-kira 35 wanita yang terkandas di luar pejabat konsul ke sebuah hotel di Beirut selepas menghabiskan seharian di jalan bersama barang kepunyaan mereka, ada di antara mereka menangis.

Gambar yang disiarkan di televisyen mendorong kementerian mengambil tindakan, menawarkan tempat berlindung kepada wanita sehingga mereka boleh terbang keluar dari negara. Lapangan terbang Lubnan telah ditutup sejak pertengahan Mac sebagai sebahagian daripada langkah untuk membantu mengekang penularan koronavirus baharu.

“Mereka membuang kami seperti sampah,” kata salah seorang pekerja yang menetap di Lubnan selama tujuh tahun dan mencari jalan untuk pulang selepas majikannya membawanya ke pejabat konsul.

Menteri Pekerja Lamia Douaihy berjanji akan mengambil tindakan wajar ke atas majikan yang melaku ‘pencabulan kemanusiaan.’ – AP

Seorang pembantu rumah Habsyah menangis semasa dia menunggu bersama puluhan yang lain di luar pejabat konsul Habsyah, di Hazmieh, Beirut, Lubnan pada 4 Jun 2020. – AP