Puluhan ribu menjadi mangsa

WASHINGTON, 14 NOV – Berpuluh-puluh ribu orang telah terkorban kerana zon selamat tidak dapat dilaksanakan dengan cepat di utara Syria, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Presiden Recep Tayyip Erdogan kelmarin.

Erdogan membuat kenyataan itu semasa sidang akhbar bersama dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump selepas mesyuarat dua hala empat jam yang turut membabitkan senator Republikan.

Turki telah melancarkan Operasi Peace Spring pada 9 Oktober bagi menghapuskan pejuang Unit Perlindungan Rakyat (YPG) dan Parti Pekerja-Pekerja Kurdistan (PKK) dari utara Syria di timur Sungai Euphrates dalam usaha menjamin keselamatan sempadan Turki, membantu kepulangan selamat pelari-an Syria dan memastikan integriti wilayah Syria. – AFP